MASUK SYURGA!

[postlink]http://skgp89-94.blogspot.com/2009/02/masuk-syurga.html[/postlink]
Pak Long and all,

Takkan kita nak percaya statement dangkal macam tu. Itu sebab kadang kala kita jadi patah harap dan keliru. Kita di bawah ni sering kena gula-gula olah penyokong dua belah pihak. Jadinya Taman Melawar tu actually not a bad idea at all..ada banyak tape ceramah dijual sekali dengan majalah2. Selain baca STAR, NST sekali-sekali layan Harakah, Suara Keadilan atau Roket pun boleh buka minda. Gua selalu ada masalah macam ni even with Omak di rumah. Orang tua2 dengar TV3 dan baca Utusan Malaysia saja. Kalau pendapat kita lain dari pemimpin dia, bertekaklah pulak...

Buat waktu dan ketika ini, cuma dan hanya PAS sahaja yang perjuangkan undang-undang Islam (baca Hudud). Undang-undang Qisas/Takzir tu ada dalam juridiction Mahkamah Syariah. Kenapa nak kena hudud juga kalau tak ada tak boleh ke?? Itulah basic perjuangan dalam parti Islam dan party lain yang mengaku Islam. Hudud hanya boleh dilaksana kalau kita in power. Apakah dengan perlaksanaan Hudud orang bukan Islam terbabit sama? Tidak, itu telah terbukti banyak kali. Bukan retorik. PRK P036 Kuala Terengganu PAS dan Keadilan bersetuju atas dasar itu. Cuma kena tarbiah DAP sikit lagi. Pemimpin DAP macam MP Kepong Dr. Tan Seng Giaw tulis text ucapan di Parlimen dalam jawi...dan MP Batu Gajah Fong Po Kuan pulak grad dari UIA dengan Gred A pengajian Islam. Insyallah mereka akan faham.
Waktu PAS menang di Terengganu ada forum untuk semua rakyat tak kira bangsa di padang Majlis Perbandaran Kemaman berkaitan Hudud. Ramai non muslim yang turut tanya soalan minta kepastian pada TGHH dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas di malam itu.
Kita tahu yang hanya kerajaan persekutuan sahaja yang boleh meluluskan perlaksanaanya. Federal Goverment Malaysia sekarang didokong oleh UMNO sebagai tulang belakang. Apa yang telah UMNO buat untuk berdakwah pada masyarakat non muslim untuk meyakinkan mereka, jika itu yang perlu dilakukan sebelum hudud berjalan di malaysia? Sebaliknya UMNO wak tubek Islam Hadhari. UMNO lah yang paling wibawa untuk laksana Hudud kerana parti tu ada power and pitih....

Kalau gitu apa masalah UMNO?? Ini tanggungjawab bersama mendaulatkan hukum Allah untuk orang Islam. Kenapa Hudud hanya untuk diperjuangkan oleh PAS sahaja. Lebih buruk lagi UMNO gunakan isu Hudud untuk menakutkan orang bukan Islam. Untuk dapat undi non muslim. UMNO gunakan agama untuk meraih sokongan politik. Sepatutnya kita gunakan politik untuk mendokong agama.

Hudud adalah hukum yang dinyatakan dalam Al Quraan. Allah sendiri yang kasi tahu apa nak dihukum atas manusia yang melakukan kesalahan itu. Bukan Nabi dan think tank nya yang berunding-runding atau berfikir-fikir nak buat macamana kalau orang lakukan salah begitu begini (itu Qisas). UMNO kutuk Hudud macam2. Kononnya Hudud PAS, tak bertamadun, sup tangan dll. Yang termasuk dalam Hudud bukan banyak tetapi asas kehidupan sebagai manusia. Jangan kita rampas nyawa orang, harta orang, maruah orang dan bawa aib pada orang. Hanya beberapa hukum yang Allah sebut dengan jelas siap dengan kaedah-kaedahnya dalam AlQuraan. Bukan hentam kurma.Contoh mencuri di potong tangan, tapi ada syarat yang ketat sebelum boleh di potong. Zaman Rasullulah pun hampir tiada orang dipotong tangan. Bukan sebab Hudud tak berjalan atau tiada orang mencuri tapi kerana syarat yang ketat ini. Orang mencuri kerana takda makanan, tak boleh di potong tangannya. Zaman ini mungkin itu penyelesaian kes ragut yang kadang kala sampai yang kena ragut terbunuh.Kesian.... Macam kita tahu, hukum hudud melahirkan rasa gerun.
Macam itu juga zina. Kena ada 4 saksi yang taat. Macam gua ni solat celah-celup tak boleh jadi saksi. Lepas tu semua saksi nak kena tengok macam benang masuk ke lubang jarum etc.Baiknya negara ini tak mungkin ada orang buat porno tepi jalan...
Begitu juga kalau membunuh. Juraimi yang bunuh Mona Fendey dulu pernah jadi kontroversi kerana Juraimi telah dimaafkan oleh keluarga aruah Datuk Mazlan dan sepatutnya bebas. Tapi undang-undang sivil masih lagi menggantung Juraimi. So siapa yang undi UMNO tanggunglah dosa sama. Kita sering fikir undi itu hanya remeh, tapi kalau ingat dosa pahala tak begitu. Semua yang mengundi dapat saham sama. Exception mungkin orang yang berani mengatakan Hudud benar dalam UMNO, tetapi siapa dia??
Apalagi kalau Qazaf yang juga termasuk dalam Hudud. Menuduh orang yang baik(beriman) berzina tanpa bukti. Si penuduh kena bawak bukti dengan 4 saksi juga, kalau tidak, dia yang kena rotan. Orang yang kena tuduh tak perlu buat apa2. Ini contradict besar dalam kes Anwar Ibrahim yang menjadikan negara kita kelam kabut lebih sepuluh tahun dah berlalu. Kalaulah hudud terpakai...Semua kecoh2 ni memang tak worth it..

Tapi kalau sahabat kita non muslim nak guna pakai civil law, silakan. That 's their right. Loud and clear.

Lagi satu UMNO ni, bila berpolitik tak kira dosa pahala(baca moral bagi non-muslim). Bila nak pada kuasa, pahala dosa taruk tepi dah. Selalu politik dijadikan alasan untuk berada di alam yang bebas dari dosa pahala. Itu sebab SN Shahnon tulis SHIT. Gua tak habis baca sebab nak muntah. Tapi mukaddimah di kulit buku sudah cukup sebagai manifestasi kehodohan politik tafsiran orang sebelah sana. Politik menjadi satu agenda yang busuk lagi membusukkan. Padahal tak gitu. Sebab tu gua selalu cakap yang Moses/Jesus/Muhammad pun berpolitik. Bersiasah. Orang sebelah sini pun kalau dia lari dari prinsip perjuangan ini sama jugak. Waktu PAS memerintah Terengganu satu penggal, orang perasan syurga di bawah ni lah yang mengotorkan imej PAS. Sampai orang meluat.

So samada orang PAS masuk shurga ke tidak...wallahualam. Apalagi kalau dah confirm. Rasullulah hanya confirm masuk shurga beberapa sahabatnya sewaktu baginda hidup dulu. Apakah kita mengaku beriman selagi tidak diuji. Tapi orang UMNO kalau dia faham isu hudud, pahala/dosa ni...susah juga nak jawab nanti pada Allah. Karpal Singh takpa belum sampai hidayah lagi. Orang UMNO dah sampai hidayah sebab dia kata dalam setiap solatnya...sesungguhnya hidup ku mati ku hanya kerana Allah. So hidup kena berhukumkan hukum Allah. No if no but...

Tajuk: Ketayap Putih
TGNA tak pernah berubah sebelum jadi MB 18 tahun dulu sampai sekarang. Tok Guru pakai serban diluar ketayap di dalam macam tu jugak. Hidup di rumah kampung bukan rumah rasmi MB. Boleh jumpa tak payah appoitment terutama lepas solat subuh. Dia ikut apa yang diajar Rasullulah. Empayar Islam dari Afrika, Spain ke negeri Cina tapi Rasullulah dan para sahabat Ar-Rasyidin takda istana besar buat dikagumi umat akhir zaman. Yang ada makam dan masjid baginda. Ini adalah sikap pemimpin yang dijamin syurga.Harta kekayaan didepan mata tapi lebih suka hidup zuhud. Hidup cukup apa yang ada, tidak meminta-minta. Berapa besar empayar Amerika atau Rusia sekarang? Berapa kaya pemimpin mereka?
Namun jadi kaya raya tak dihalang dalam Islam, bahkan Nabi bersabda Aku suka Orang Miskin yang Zuhud tapi Aku lebih suka Orang kaya yang Zuhud.

Pembangunan yang macamana tak da di Kelantan? Kelantan membangun atas kemampuannya. Tak pernah miss bayar balik pinjaman pada kerajaan persekutuan. Pembangunan bersifat nature. Fitrah manusia ingin hidup lebih selesa tapi tak sampai pijak kepala orang dan rampas harta awam. Bijak ekonomi jaga ekonomi, bijak business buat business. Semua buat kemampuan masing-masing tapi di pelihara oleh iman/moral. TGNA kata hambo bukan sekadar nak pimpin setakat didunia sekian rakyat, bahkan nak pimpin sampai ke akhirat. Hidup bukannya lama. Kita kalau lucky ada 25-30 tahun lagi kot?? Dah habis pun 40 tahun macam gua nih.....
Takada paksaan dalam Islam. Tok Guru pegi di wat-wat Siam, tokong2 Cina dan gereja2. Vice versa, non muslim dijemput dalam perayaan Islam. Sekarang pulak nak bina Masjid senibina Cina di Kelantan (Tumpat??dah siap ke belum??). Insurance Khifalah untuk warga emas (tak kira anutan agama dan politik) Tok Guru kini ditiru oleh Selangor dan PP. Emas dinar Kelantan can be good investment too waktu gawat gini..so ketayap putih not an issue. Tambah lagi kalau kita yang konon nya professional ni pakai ketayap putih..lagilah perfect macam YB Nizar.
Baguslah kalau Lim Guan Eng nak jadikan khalifah Umar Abdul Aziz sebagai suri teladan. Selangor pulak dengan merakyatkan ekonomi. Pada masa yang sama kita bukan masyarakat subsidi. Umar Abd Aziz memerintah lebih sikit dua tahun tapi tiada orang lagi yang boleh diberi zakat dalam negeri. Semua orang cukup apa yang ada, bukan mereka kaya sangat atau miskin sangat. Semua mendokong falsafah tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Adakah statement ini too perfect to be reality?Retorik? Tepuk dada tanya selera...


Ini bukanlah cerita politik, tapi terpangil nak share. Kawan kita yang non muslim, perkataan dosa pahala di atas bolehlah ditukar dengan moral. Kalau senang jengoklah blog Peguam PAS (Hanipa Maidin) atau blog Khalid Samad (MP Shah Alam). YB Khalid antara yang popular dengan masyarakat Cina dan India kerana hujah2nya yang meyakinkan dan pendekatan merentas kaum. Husam juga antara yang terbaik apatah lagi anak didik TGNA. Maaflah mereka semua ni kumpulan Erdogan kononnya. Tapi Erdogan itu juga pemimpin yang hebat contoh di Devos baru-baru ini dalam isu Palestine (boleh jadi tajuk forum gak nih..). Wife dia pun pakai tudung...hahaha


Maaflah kalau terkasar bahasa. Sila semak fakta di atas, mungkin banyak kesilapan, maklumlah belum jadi ahli PAS lagi. Moga kita jadi orang yang bertakwa(takut pada tuhan) mudah-mudahan. Orang yang hidup boleh ditumpang kebaikannya oleh orang lain. Amar makruf nahi mungkar kata LGE.


Regards.
Muzily SKP

The above statement is originated by Muzily and published with his permission. The statement above is responding to Pok Long's email to SKGP89 Group on Feb 11, 2009 i.e "Ada la satu orang senior dlm PAS ckp, hanya TGNA (dlm golongan penyokong PAS) confirm masuk syurga! Note: seronok jgk berkawan dgn org politik….!!!!"